SintesisCinta Illahi

mencuba untuk setia

Super Power Student

‘Super Power Students’ adalah sebuah seminar khas untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang deen Islam bagi mencapai matlamat “terhebat daripada yang terhebat”.

Inshaallaah, Maszlee Malik akan mengupas ciri-ciri unggul untuk seorang pelajar menjadi yang “terhebat daripada yang terhebat” seterusnya menjadi agen perubahan ke arah dunia yang lebih baik.

Ayuh sama-sama kita kutip mutiara bernilai daripada program ini.

http://superpowerstudent.blogspot.com/

http://www.facebook.com/home.php?#!/event.php?eid=352443753910

Bacalah.. Atas nama Tuhan Yang Menciptakan.

Siapakah kita untuk terus menjalani hidup dengan bahagia?

Sedangkan cabaran dan dugaan bila-bila akan menempuh hari yang bakal mendatang. Kadang kita diberi nikmat-Nya dan seringkali juga nikmat itu disalahguna. Kadang kita mengeluh dengan apa yang telah diatur, namun sememangnya manusia itu takkan lari dari mengeluh.

Tanya diri, berapa banyak keluhan kita dalam sehari berbanding pujian untuk-Nya? Itulah manusia.

“Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatu pun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Fatir:2


“Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik – (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ” Surah Saba’:24

Lantas hari-hari yang berlalu dinikmati bersahaja, peringatan yang datang seakan angin yang menampar pipi. Tatkala angin berlalu pergi, kedinginan turut hilang. Kadangkala tangisan penuh sedar itu tiba, namun akan hadir jua perasaan putus asa terhadap keampunan-Nya. Seolah diri tidak akan diterima amalannya. Lantas amalan terputus begitu sahaja. Ditambah pula dengan dosa yang memujuk hati-hati yang sememangnya tidak ada ketenangan dalam diri.




“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Az-Zumar:53

Tatkala masa sibuk datang, rindu bertandang pada masa lapang. Hari dilalui dengan mengharap masa akan pantas berlalu. Sedangkan hari nyawa terpisah daripada jasad semakin pendek. Kesibukan yang menjadi ujian. Ada yang berusaha belajar dari kesilapan masa lalu. Ada yang berusaha mempelajari perkara yang membuatkan kesilapan datang. Kita tidak tahu, mungkin setelah ujian atau bala menimpa, barulah kita tersedar akan perkara yang kita anggap remeh ini amat mempengaruhi hari kebesaran kelak. Setakat manakah kita yakin hari itu bakal menjelang? Tepuk dada tanya iman.




“Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).” Surah Fussilat:49



“Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.” Surah Fussilat:51

Kita memikirkan falsafah apakah yang mampu menyedarkan diri dan kesedaran yang hadir dengan rasa cinta dan takut untuk melakukan perkara yang mendatangkan dosa. Bilakah agaknya perasaan itu lahir? Beribu kali bermuhasabah diri namun jarang sekali istiqamah. Tiap kali rasa manis beribadah itu hadir meresap dalam diri, masa yang sama kita rebah dengan ujian yang seringkali terlepas pandang pada hikmahnya.




“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)” Surah al-Hujurat:15

Kesabaran amat mudah diungkapkan dengan kata-kata. Namun untuk meresap dalam jiwa amat berat sekali. Hati yang tiada tempat sandaran, akan sentiasa meragui usia perjalanannya. Tanpa iman di hati, sabar takkan bererti. Tanpa sabar iman takkan bermakna. Biarkan hati kita diterangi laluan yang sentiasa memujinya, tatkala kita melalui jalan itu,segala susah payah akan terbela. Tidak di dunia sekalipun, tapi Akhirat itu pasti!

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.” Surah Al-Baqarah:155-157

Kesenangan di dunia tidak akan kekal selamanya. Titipkanlah dalam hati,biar kesenangan yang datang tidak akan menggelapkan iman, membutakan pandangan. Kemewahan itu antara lain adalah ujian buat kita. Tatkala kita ditimpa kemiskinan, diri mengeluh. Seolah-olah miskin itu membuatkan kita jauh dari-Nya.Ingatlah sesama kita. Ibadah bukan untuk dijual beli, nilainya pada pahala yang diberi daripada Yang Maha Menyintai. Kemewahan dunia bukan pada harta semata, tetapi kemenangannya pada orang-orang yang tetap mengerjakan solat dan diri yang penuh ketenangan. Ketenangan akan hadir sewaktu dalam diri yang menyintai ketetapan Allah.




“Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Az-Zukhruf:35

Al-Quran itu bukan setakat bacaan yang dilagukan lalu mencipta bait-bait yang syahdu didengari dan menusuk di jiwa. AlQuran itulah pemujuk kita. Walau dalam tangisan membaca amaran-amaran keras daripada Tuhan, masa yang sama diri akan redha dan tenang akan pujukan ayat-ayat Allah. Selagi nyawa belum berpisah, selagi itulah pintu taubat masih terbuka luas. Seandainya kita benar-benar memahami maksud kandungan AlQuran, akan bermain di fikiran betapa beratnya azab daripada Allah, betapa banyak dosa dalam diri. Tanyakan pada diri , berapa banyak kita melafaz kesyukuran dan menzahirkannya?

Sememangnya ayat-ayat itulah muhasabah terbaik buat manusia.Tangisan takkan berhenti mengenangkan nasib akhirat kelak.Tiada gunalah kecantikan diri jika sikitnya pahala untuk meniti titian mustaqim.




“Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.” Surah Al-Furqaan:50

Cinta itu milik Allah. Segala yang di langit dan di Bumi milik Allah. Tiada yang kekal melainkan-Nya.Andai Dia menarik kembali nikmat yang diberikan, mungkin itu antara cara menyedarkan kita dan menambah pahala kita. Pelihara diri, saling berukhwah,ingat-mengingati. Permusuhan sesama saudara hanya membawa kemurkaan Allah. Kita semua inginkan syurga, namun mengapa membezakan dan membandingkan apa yang tersurat di pandangan kita, fikirkanlah apa yang tersirat. Pasti kekecewaan yang menggoyah iman tidak akan lahir. AlQuran benar-benar memujukku…meyakinkanku…



“Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Al-Haqqah:48




“Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).” Surah Al-Haqqah:51

Lalu, aku pujuk temanku. Alunkanlah bacaan AlQuran itu, fahamilah maksudnya agar jiwa ketakutan pada Azabnya meresap dalam setiap nawaitu. Agar kita sentiasa mengingati mati. Semoga terpeliharalah iman dalam diri. Itulah muhasabah yang terbaik disisi-Nya. Pujuklah dirimu dengan Al-Quran.

“Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)” Surah Al-‘Asr
sumber dari : iluvislam

Bagaimana pula amalan kita?

satu hadith yang ku kira penting dan patut dibaca.
mungkin agak panjang, tapi sangat worth reading.
moga dapat spend some time untuk baca dan renung dalam-dalam..
ketuk hati dan tanya pada diri, insyaAllah.

dicopy n paste dari nota di facebook, dari seorang sahabatku dunia akhirat.
__________________________

Telah diceritakan oleh Ibnu al-Mubarak tentang seorang laki-laki yang bernama Khalid bin Ma’dan, dimana ia pernah bertanya kepada Mu’adz bin Jabal ra., salah seorang sahabat Nabi Muhammad saw.

“Wahai Mu’adz! Ceritakanlah kepadaku suatu hadits yang telah engkau dengar langsung dari Rasulullah saw., suatu hadits yang engkau hafal dan selalu engkau ingat setiap harinya disebabkan oleh sangat kerasnya hadits tersebut, sangat halus dan mendalamnya hadits tersebut. Hadits yang manakah yang menurut engkau yang paling penting?”

Kemudian, Khalid bin Ma’dan menggambarkan keadaan Mu’adz sesaat setelah ia mendengar permintaan tersebut, Mu’adz tiba-tiba saja menangis sedemikian rupa sehingga aku menduga bahwa beliau tidak akan pernah berhenti dari menangisnya. Kemudian, setelah beliau berhenti dari menangis, berkatalah Mu’adz:

Baiklah aku akan menceritakannya, aduh betapa rinduku kepada Rasulullah, ingin rasanya aku segera bersua dengan beliau”

Selanjutnya Mu’adz bin Jabal ra. mengisahkan sebagai berikut,

Ketika aku mendatangi Rasulullah saw., beliau sedang menunggangi unta dan beliau menyuruhku untuk naik di belakang beliau. Maka berangkatlah aku bersama beliau dengan mengendarai unta tersebut. Sesaat kemudian beliau menengadahkan wajahnya ke langit, kemudian bersabdalah Rasulullah saw.”

“Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah yang memberikan ketentuan (qadha) atas segenap makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, ya Mu’adz!”.

Aku menjawab,

“Labbaik yaa Sayyidal Mursaliin”.

“Wahai Mu’adz! Sekarang akan aku beritakan kepadamu suatu hadits yang jika engkau mengingat dan tetap menjaganya maka (hadits) ini akan memberi manfaat kepadamu di hadhirat Allah, dan jika engkau melalaikan dan tidak menjaga (hadits) ini maka kelak di Hari Qiyamah hujjahmu akan terputus di hadhirat Allah Ta’ala!”

“Wahai Mu’adz! Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala telah menciptakan tujuh Malaikat sebelum Dia menciptakan tujuh lelangit dan bumi. Pada setiap langit tersebut ada satu Malaikat yang menjaga khazanah, dan setiap pintu dari pintu-pintu lelangit tersebut dijaga oleh seorang Malaikat penjaga, sesuai dengan kadar dan keagungan (jalaalah) pintu tersebut.

Maka naiklah al-Hafadzah (malaikat-malaikat penjaga insan) dengan membawa amal perbuatan seorang hamba yang telah ia lakukan semenjak subuh hari hingga petang hari. Amal perbuatan tersebut tampak bersinar dan menyala-nyala bagaikan sinar matahari, sehingga ketika al-Hafadzah membawa naik amal perbuatan tersebut hingga ke Langit Dunia mereka melipat gandakan dan mensucikan amal tersebut. Dan ketika mereka sampai di pintu Langit Pertama, berkatalah Malaikat penjaga pintu kepada al-Hafadzah:

“Pukulkanlah amal perbuatan ini ke wajah pemiliknya! Akulah ‘Shaahibul Ghiibah’, yang mengawasi perbuatan ghiibah (menggunjing orang), aku telah diperintah oleh Rabb-ku untuk tidak membiarkan amal ini melewatiku untuk menuju ke langit yang berikutnya!”

Kemudian naiklah pula al-Hafadzah yang lain dengan membawa amal shalih diantara amal-amal perbuatan seorang hamba. Amal shalih itu bersinar sehingga mereka melipat-gandakan dan mensucikannya. Sehingga ketika amal tersebut sampai di pintu Langit Kedua, berkatalah Malaikat penjaga pintu kepada al-Hafadzah:

“Berhentilah kalian! Pukulkanlah amal perbuatan ini ke wajah pemiliknya, karena ia dengan amalannya ini hanyalah menghendaki kemanfaatan duniawi belaka! Akulah ‘Malakal Fakhr’, malaikat pengawas kemegahan, aku telah diperintah Rabb-ku untuk tidak membiarkan amal perbuatan ini melewatiku menuju ke langit berikutnya, sesungguhnya orang tersebut senantiasa memegahkan dirinya terhadap manusia sesamanya di lingkungan mereka!”.Maka seluruh malaikat mela’nat orang tersebut hingga petang hari.

Dan naiklah al-Hafadzah dengan membawa amal seorang hamba yang lain. Amal tersebut demikian memuaskan dan memancarkan cahaya yang jernih, berupa amal-amal shadaqah, shalat, shaum, dan berbagai amal bakti (al-birr) yang lainnya. Kecemerlangan amal tersebut telah membuat al-Hafadzah takjub melihatnya, mereka pun melipat-gandakan amal tersebut dan mensucikannya, mereka diizinkan untuk membawanya. Hingga sampailah mereka di pintu Langit Ketiga, maka berkatalah Malaikat penjaga pintu kepada al-Hafadzah:

“Berhentilah kalian! Pukulkanlah amal ini ke wajah pemiliknya! Akulah ‘Shaahibil Kibr’, malaikat pengawas kesombongan, aku telah diperintah oleh Rabb-ku untuk tidak membiarkan amal perbuatan seperti ini lewat dihadapanku menuju ke langit berikutnya! Sesungguhnya pemilik amal ini telah berbuat takabbur di hadapan manusia di lingkungan (majelis) mereka!”

Kemudian naiklah al-Hafadzah yang lainnya dengan membawa amal seorang hamba yang sedemikian cemerlang dan terang benderang bagaikan bintang-bintang yang gemerlapan, bagaikan kaukab yang diterpa cahaya. Kegemerlapan amal tersebut berasal dari tasbih, shalat, shaum, haji dan umrah. Diangkatlah amalan tersebut hingga ke pintu Langit Keempat, dan berkatalah Malaikat penjaga pintu langit kepada al-Hafadzah:

“Berhentilah kalian! Pukulkanlah amal ini ke wajah, punggung, dan perut dari si pemiliknya! Akulah ‘Shaahibul Ujbi’, malaikat pengawas ‘ujub (mentakjubi diri sendiri), aku telah diperintah oleh Rabb-ku untuk tidak membiarkan amalan seperti ini melewatiku menuju ke langit berikutnya! Sesungguhnya si pemilik amal ini jika mengerjakan suatu amal perbuatan maka terdapat ‘ujub (takjub diri) didalamnya!”

Kemudian naiklah al-Hafadzah dengan membawa amal seorang hamba hingga mencapai ke Langit Kelima, amalan tersebut bagaikan pengantin putri yang sedang diiring diboyong menuju ke suaminya. Begitu sampai ke pintu Langit Kelima, amalan yang demikian baik berupa jihad, haji dan umrah yang cahayanya menyala-nyala bagaikan sinar matahari. Maka berkatalah malaikat penjaga pintu kepada al-Hafadzah:

“Berhentilah kalian! Pukulkanlah amal perbuatan ini ke wajah pemiliknya dan pikulkanlah pada pundaknya! Akulah ‘Shaahibul Hasad’, malaikat pengawas hasad (dengki), sesungguhnya pemilik amal ini senantiasa menaruh rasa dengki (hasad) dan iri hati terhadap sesama yang sedang menuntut ilmu, dan terhadap sesama yang sedang beramal yang serupa dengan amalannya, dan ia pun juga senantiasa hasad kepada siapapun yang berhasil meraih fadhilah-fadhilah tertentu dari suatu ibadah dengan berusaha mencari-cari kesalahannya! Aku telah diperintah oleh Rabb-ku untuk tidak membiarkan amalan seperti ini melewatiku untuk menuju ke langit berikutnya!”

Kemudian naiklah al-Hafadzah dengan membawa amal perbuatan seorang hamba yang memancarkan cahaya yang terang benderang seperti cahaya matahari, yang berasal dari amalan menyempurnakan wudhu, shalat yang banyak, zakat, haji, umrah, jihad, dan shaum. Amal perbuatan ini mereka angkat hingga mencapai pintu Langit Keenam. Maka berkatalah malaikat penjaga pintu ini kepada al-Hafadzah:

“Berhentilah kalian! Pukulkanlah amal perbuatan ini ke wajah pemiliknya, sesungguhnya sedikitpun ia tidak berbelas kasih kepada hamba-hamba Allah yang sedang ditimpa musibah (balaa’) atau ditimpa sakit, bahkan ia merasa senang dengan hal tersebut! Akulah ‘Shaahibur-Rahmah’ , malaikat pengawas sifat rahmah (kasih sayang), aku telah diperintahkan Rabb-ku untuk tidak membiarkan amal perbuatan seperti ini melewatiku menuju ke langit berikutnya!”

Dan naiklah al-Hafadzah dengan membawa amal perbuatan seorang hamba yang lain, amal-amal berupa shaum, shalat, nafaqah, jihad, dan wara’ (memelihara diri dari perkara-perkara yang haram dan subhat/meragukan) . Amalan tersebut mendengung seperti dengungan suara lebah, dan bersinar seperti sinar matahari. Dengan diiringi oleh tiga ribu malaikat, diangkatlah amalan tersebut hingga mencapai pintu Langit Ketujuh. Maka berkatalah malaikat penjaga pintu kepada al-Hafadzah:

“Berhentilah kalian! Pukulkanlah amalan ini ke wajah pemiliknya, pukullah anggota badannya dan siksalah hatinya dengan amal perbuatannya ini! Akulah ‘Shaahibudz-Dzikr’ , malaikat pengawas perbuatan mencari nama-diri (ingin disebut-sebut namanya), yakni sum’ah (ingin termashur). Akulah yang akan menghijab dari Rabb-ku segala amal perbuatan yang dikerjakan tidak demi mengharap Wajah Rabb-ku! Sesungguhnya orang itu dengan amal perbuatannya ini lebih mengharapkan yang selain Allah Ta’ala, ia dengan amalannya ini lebih mengharapkan ketinggian posisi (status) di kalangan para fuqaha (para ahli), lebih mengharapkan penyebutan-penyebut an (pujian-pujian) di kalangan para ulama, dan lebih mengharapkan nama baik di masyarakat umum! Aku telah diperintah oleh Rabb-ku untuk tidak membiarkan amalan seperti ini lewat dihadapanku! Setiap amal perbuatan yang tidak dilakukan dengan ikhlash karena Allah Ta’ala adalah suatu perbuatan riya’, dan Allah tidak akan menerima segala amal perbuatan orang yang riya’!”

Kemudian naiklah al-Hafadzah dengan membawa amal perbuatan seorang hamba berupa shalat, zakat, shaum, haji, umrah, berakhlak baik, diam, dan dzikrullah Ta’ala. Seluruh malaikat langit yang tujuh mengumandang- kumandangkan pujian atas amal perbuatan tersebut, dan diangkatlah amalan tersebut dengan melampaui seluruh hijab menuju ke hadhirat Allah Ta’ala. Hingga sampailah dihadhirat-Nya, dan para malaikat memberi kesaksian kepada-Nya bahwa ini merupakan amal shalih yang dikerjakan secara ikhlash karena Allah Ta’ala.

Maka berkatalah Allah Ta’ala kepada al-Hafadzah,

“Kalian adalah para penjaga atas segala amal perbuatan hamba-Ku, sedangkan Aku adalah Ar-Raqiib, Yang Maha Mengawasi atas segenap lapisan hati sanubarinya! Sesungguhnya ia dengan amalannya ini tidaklah menginginkan Aku dan tidaklah mengikhlashkannya untuk-Ku! Amal perbuatan ini ia kerjakan semata-mata demi mengharap sesuatu yang selain Aku! Aku yang lebih mengetahui ihwal apa yang diharapkan dengan amalannya ini! Maka baginya laknat-Ku, karena ini telah menipu orang lain dan telah menipu kalian, tapi tidakklah ini dapat menipu Aku! Akulah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib, Maha Melihat segala apa yang ada di dalam hati, tidak akan samar bagi-Ku setiap apa pun yang tersamar, tidak akan tersembunyi bagi-Ku setiap apa pun yang bersembunyi! Pengetahuan- Ku atas segala apa yang akan terjadi adalah sama dengan Pengetahuan- Ku atas segala yang baqa (kekal), Pengetahuan- Ku tentang yang awal adalah sama dengan Pengetahuan- Ku tentang yang akhir! Aku lebih mengetahui perkara-perkara yang rahasia dan lebih halus, maka bagaimana Aku dapat tertipu oleh hamba-Ku dengan ilmunya? Bisa saja ia menipu segenap makhluk-Ku yang tidak mengetahui, tetapi Aku Maha Mengetahui Yang Ghaib, maka baginya laknat-Ku!”

Maka berkatalah malaikat yang tujuh dan 3000 malaikat yang mengiringi, “Yaa Rabbana, tetaplah laknat-Mu baginya dan laknat kami semua atasnya!”, maka langit yang tujuh beserta seluruh penghuninya menjatuhkan la’nat kepadanya.

Setelah mendengar semua itu dari lisan Rasulullah saw. maka menagislah Mu’adz dengan terisak-isak, dan berkata, “Wahai Rasulullah! Engkau adalah utusan Allah sedangkan aku hanyalah seorang Mu’adz, bagaimana aku dapat selamat dan terhindar dari apa yang telah engkau sampaikan ini?”
Berkatalah Rasulullah saw.,

“Wahai Mu’adz! Ikutilah Nabi-mu ini dalam soal keyakinan sekalipun dalam amal perbuatanmu terdapat kekurangan. Wahai Mu’adz! Jagalah lisanmu dari kebinasaan dengan meng-ghiibah manusia dan meng-ghiibah saudara-saudaramu para pemikul Al-Qur’aan. Tahanlah dirimu dari keinginan menjatuhkan manusia dengan apa-apa yang kamu ketahui ihwal aibnya! Janganlah engkau mensucikan dirimu dengan jalan menjelek-jelekan saudara-saudaramu! Janganlah engkau meninggikan dirimu dengan cara merendahkan saudara-saudaramu! Pikullah sendiri aib-aibmu dan jangan engkau bebankan kepada orang lain”

“Wahai Mu’adz! Janganlah engkau masuk kedalam perkara duniamu dengan mengorbankan urusan akhiratmu! Janganlah berbuat riya’ dengan amal-amalmu agar diketahui oleh orang lain dan janganlah engkau bersikap takabbur di majelismu sehingga manusia takut dengan sikap burukmu!”

“Janganlah engkau berbisik-bisik dengan seseorang sementara di hadapanmu ada orang lain! Janganlah engkau mengagung-agungkan dirimu dihadapan manusia, karena akibatnya engkau akan terputus dari kebaikan dunia dan akhirat! Janganlah engkau berkata kasar di majelismu dan janganlah engkau merobek-robek manusia dengan lisanmu, sebab akibatnya di Hari Qiyamah kelak tubuhmu akan dirobek-robek oleh anjing-anjing neraka Jahannam!”

“Wahai Mu’adz! Apakah engkau memahami makna Firman Allah Ta’ala: ‘Wa naasyithaati nasythan!’ (‘Demi yang mencabut/menguraika n dengan sehalus-halusnya!’ , An-Naazi’aat [79]:2)?

Aku berkata, “Demi bapakku, engkau, dan ibuku! Apakah itu wahai Rasulullah?”

Rasulullah saw. bersabda, “Anjing-anjing di dalam Neraka yang mengunyah-ngunyah daging manusia hingga terlepas dari tulangnya!”

Aku berkata, “Demi bapakku, engkau, dan ibuku! Ya Rasulullah, siapakah manusia yang bisa memenuhi seruanmu ini sehingga terhindar dari kebinasaan?”

Rasulullah saw. menjawab,

“Wahai Mu’adz, sesungguhnya hal demikian itu sangat mudah bagi siapa saja yang diberi kemudahan oleh Allah Ta’ala! Dan untuk memenuhi hal tersebut, maka cukuplah engkau senantiasa berharap agar orang lain dapat meraih sesuatu yang engkau sendiri mendambakan untuk dapat meraihnya bagi dirimu, dan membenci orang lain ditimpa oleh sesuatu sebagaimana engkau benci jika hal itu menimpa dirimu sendiri! Maka dengan ini wahai Mu’adz engkau akan selamat, dan pasti dirimu akan terhindar!”

Khalid bin Ma’dan berkata, “Sayyidina Mu’adz bin Jabal ra. sangat sering membaca hadits ini sebagaimana seringnya beliau membaca Al-Qur’aan, dan sering mempelajari hadits ini sebagaimana seringnya beliau mempelajari Al-Qur’aan di dalam majlisnya”.

Kalau baik, kenapa ada neraka?

Sekadar berkongsi emel tazkirah… insyaallah, diambil pengajarannya.

Oleh : Amin Fadzlan

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan pemakaian.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan berpakaian kurang menutup. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia pakaian..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu’alaikum. “


Bangunlah!!!

ketak ketuk ketak,

dam dum dam,

brrrr, drrrr, grrrr,

ngiiiiig, wooonng, fhuuuuush,

hahahhaha, woi, uhuuuuuu,

AAAAAAAAAAAARGHHH!!

Senyaplah dunia,

pejam mataku mahu pejam,

geram hatiku tambah geram,

bila letih menimbun tulang belulang,

bila mimpi diundang tak datang.

Shhhh, tidur aku mahu tidur.

sudah lama aku jaga kini aku mahu tidur!

kriiit, kriiit,

kriiiit, kriiiit…

kruuuuuuurrrr, khroooih…

kruuuuuuurrrr, khrooooooih…

khruuup, slap, slaap, slap.. ngap.

ZZzzZZZZzzzzzzzzzzzzz.. zzzzzz… zz…    z

Qum fa andzir,

Qum fa andzir,

Qum fa andzir,

uuuuumph, apa pulak nih?????

“Hai orang yang berselimut.

Bangunlah, lalu berilah peringatan.

Dan Tuhanmu, agungkanlah.

Dan pakaianmu, bersihkanlah.

Dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.

Dan untuk memenuhi (perintah) Tuhanmu, bersabarlah.”

Uuuuh.. Ya Benar.. Aku punya tuhan.

Yang layak disembah.

Yang layak disembah….

baiklah…

Maksudnya : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam

serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu;

semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Maka dunia,

perdengarkanlah rintihanmu.

kerna aku khalifah utusan.

kerna aku sebahagian dari Khairul Ummah

petikan ayat (QS AL- Mudatsir 1-6) dan (QS Al-Israa’ 79)

pengajaran dari [ Qur'an 3:110]

86 tahun sudah..Fall of the great Ottoman Empire.. 3hb Mac 1924..

Assalamualaikum..

Pada post sebelum ini, telah dibincangkan mengenai seorang manusia yang bernama Mustafa Kamal Atartuk. Namun, kenapa harus kita membicarakan mengenai dia? Ya, mungkin kita sudah lupa. Sekadar menguatkan ingatan, dialah yang berkomplot untuk menjatuhkan Khalifah, payung ummat.

Itulah satu titik tarikh hitam yang sepatutnya terpahat dalam diri kita.

86 tahun sudah..Fall of the great Ottoman Empire.. 3hb Mac 1924..”

Ya, sedar tak sedar, tarikh hari ini yang sepertinya biasa sebenarnya ada cerita yang sepatutnya berbekas dalamhati setiap yang bergelar Muslim, malah jika ada lukapun sepatutnya masih lagi mengalir darahnya.


-Wajah Mustafa Kamal Attartuk laknatullah-

Mengapa? Inilah tarikh yang menjadi saksi pada 86 tahun yang lalu, ketika mana kaki si laknat Kamal Attartuk memasuki istana khalifah terakhir empayar agung Uthmaniah, Sultan Abdul Hamid II. Mungkin pada masa yang sama 86 tahun yang lalu, Mustafa Kamal Attartuk telah memandang dengan penuh hina wajah pada potret Sultan Abdul Hamid pada dinding-dinding istana. Pada 1909, komplotnya dengan senator serta golongan Yahudi telah menyebabkan sultan yang disayangi rakyat terpaksa melepaskan takhta, atas alasan “Negara memecat anda”.


-Sultan terakhir Empayar Khalifah Uthmaniah keluar dari istana, menandakan runtuhnya kerajaan Islam yang dibina sejak 1300 tahun lalu-

Begitulah, hingga hari ini tiada lagi khlifah yang menjadi payung bagi semua umat Islam. Sampai bila? Adakah ketika ulangtahun ke-100 tahun kejatuhan baru kita sedar, atau lama lagi?

Dan sekiranya sudah kita sedar, apa seharusnya tindakan kita?

Mari kita Mendahsyatkan Diri!! Mari menempatkan diri dalam golongan Ummat yang Terbaik

Jangan tunggu lagi!

nantikan Shadatul Haq bagi warga pelajar czech republik

kita berkumpul insyaallah untuk sama2 memperingati….

sama2 menguatkan hati….

menyuburkan cinta pada Illahi. IA.

That is not your tabuk…

Khabar berita Ghazwah Tabuk memangnya satu ujian buat mu’minin Makkah tika itu.

Berita kebangkitan Islam di Mekah selepas Fathul Makkah mendatangkan risau empayar Rom.
Menarik, bagaimana satu perkampungan kecil di tengah gurun mampu menggerunkan sebuah empayar gergasi. Gentarnya Rom, membuatkan Caesar merancang menghantar bala tentera melemahkan kaum muslimin, sebelum bertambah kuat dan makin menggugat.

Rasulullah, sepertimana dikenali para sahabat tidak menyampai berita secara terus kebiasaannya, kali ini secara terang menyampaikan perintah untuk bersiap ke Tabuk.
Sebelum diserang, lebih wajar untuk menjadi offensive. Menyerang dan bukan hanya bertahan.
Menyerang tentera Rom yang khabarnya berjumlah 40 000 kekuatan.

Memangnya, perintah itu satu perintah berat.
Reason?
Pertama, waktu itu musim panas.
Kedua, perjalanan sangat jauh merentas padang pasir.
Ketiga, waktu itu waktu buah-buah sedia ranum dipetik.
Gabungkan ketiga-tiga faktor, hanya orang munafik yang sudi tinggal di Makkah.
Saat inilah kisahnya Umar yang sentiasa bersaing dengan Abu Bakar mengalah.
Umar menginfaq separuh dari hartanya untuk Tabuk,
kemudiannya mendapat tahu Abu Bakar telah menginfaqkan semua hartanya
dan apabila ditanya, apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?
Jawapan; cukuplah Allah dan Rasul-Nya.

Pengorbanan sebegini para sahabat, untuk satu perperangan yang tak berlaku pun.
Sememangnya Allah ingin menguji mereka.
Meninggalkan hasil tanaman yang lama ditanam dan ditunggu-tunggu,
menyertai perjalanan yang begitu panjang di tengah panas terik,
harta yang ada dilonggokkan demi satu perjuangan.
Niat di hati demi Allah semata.
Syahid dan syurga dalam bayangan, tapi akhirnya pulang tanpa sebarang pertembungan.
Pihak Rom yang mendengar angkatan Islam sedang bergerak terlalu takut lalu berundur.

Ujian Allah kan selalu datang.
Sejauh mana kita menyahut, terpulang.
Kiranya kita diuji sebagaimana sahabat, akankah kita menyahut?
Ujian Allah, bukan senang. Andai senang, murah sungguh harga syurgaNya.
Andai kita tak merasai susahnya para sahabat,
that is not your Tabuk.
Itu belum lagi sebenar-benar ujian.
That is not your Tabuk.
Kita belum lagi dapat membayar harga syurga.

Alasan apa yang kita ada untuk menolak syurga?
Pulangnya angkatan ke Makkah, orang-orang munafik masing-masing memberi alasan.
Dan Rasulullah hanya menerima alasan itu semua.
Kecuali tiga orang mu’min yang tidak memberi alasan.
Mereka itu Ka’ab bin Malik, Murara bin Ar Rabi’, dan Hilal bin Umayyah.
Inilah satu lagi kisah buat renungan, bagaimana tiga sahabat enggan beri alasan, kerana tahu Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui sebab disebaliknya.
Dan kisah ini termuat dalam Surah At Taubah, yang mana kita tahu tidak dimulakan dengan Bismillah.

Reason? Sila tengok terjemahan dan baca dengan hati, bagaimana Allah membenci dan murka sangat pada orang munafik antaranya.
Munafik yang memberi macam-macam alasan.
Yang menerima Islam. Yang mengucap syahadah hanya pada mulut dan bibir yang lembut, tapi sukar sekali untuk menerima di hati, apatah lagi menggerakkan anggota demi syahadah itu.
Syahadah yang akan dituntut penyaksiannya di hari kemudian.
Apakan terjawab, bila bibir terkunci?
Alasan hanya untuk mereka yang masih berada di dunia.
Berilah alasan sepuasmu, sebab nanti takkan berpeluang lagi.

Teringatkan pertanyaan seorang teman,
“apa erti pengorbanan andai diri sendiri terkorban?”
Jawapan senang dari seorang teman,
“Itulah erti pengorbanan!”
Antara seorang billionnaire yang sedekahkan RM1000 dengan seorang petani yang sedekah RM50 setiap Jumaat di masjid, siapa yang lebih banyak berkorban?
Kalaukan tak merasai susahnya meninggalkan sesuatu,
peritnya menghadapi mana-mana situasi demi Dia,
that is not your Tabuk.
Harga syurga belumkan mampu terbayar lagi.
Pengorbanan itu belum cukup.

some verses from At-Taubah

42. Had it been a near gain (booty in front of them) and an easy journey, they would have followed you, but the distance (Tabuk expedition) was long for them, and they would swear by Allah, “If we only could, we would certainly have come forth with you.” They destroy their ownselves, and Allah knows that they are liars.

81. Those who stayed away (from Tabuk expedition) rejoiced in their staying behind the Messenger of Allah; they hated to strive and fight with their properties and their lives in the Cause of Allah, and they said: “March not forth in the heat.”
Say: “The Fire of Hell is more intense in heat”, if only they could understand!

reminder to self: kalau nak jalan 10 minit meredah sejuk nak ke masjid jumpa Allah pun cuak, macam mana nak compare dengan sahabat yang meredah panas terik berbatu-batu nak pergi jumpa Allah for good?
This is me reminding me in case I forgot.

pps: silalah baca At Taubah. related with this post are ayat starting from 38. tentang keperitan perjalanan, sikap Allah terhadap munafik yang beralasan, juga kisah Ka’ab dan sahabat berdua. dulu tak nampak sangat reason kenapa takda bismillah.

copied from : Share This

Bila dan Bagaimana?

Aku menjerit kerana dua benda setelah melihat video ini..

Bila?

Bagaimana?

bila agaknya media di Malaysia akan memainkan peranannya seperti ini.

bila agaknya masyarakat kita dapat dibentuk sebegini <bukan seperti yg contoh buruk tuh ler>

bagaimana harus kita bertindak untuk mencapai tanda tanya bila itu?

sekadar menjerit?

sekadar berfikir, kemudian membuang pemikiran itu di dasar hati?

adakah dunia tidak perlu walau sedikit sentuhan kita?

adakah kita fahami shadatul haq?

dan apa itu shadatul haq?

warga pelajar czech republik, mari kita nantikan….<6-7/2/10>

Jawapannya akan dihidangkan dalam bungkusan perbincangan. iA.

Menjawab persoalan hidup -hanya melukut dari seluruhnya-

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

“Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

“Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ” -
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

“Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran
musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty)
kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). “

QURAN MENJAWAB

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang – orang mu’min, diri, harta mereka dengan membarikan syurga untuk mereka…..
(Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB:

“Cukuplah bagiku, tidak ada Tuhan selain dai Nya. Hanya kepada Nya aku betaawakkal.” (Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

“… ..dan jgnlah kamu berputus asa
dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum
yg kafir.”
(Surah Yusuf ayat 12)

———

dan semestinya kita mengetahui dan menyedari bahawa apa yang tercatat dalam quran itu adalah daripada Allah, pemilik semua makhluk, seluruh alam, yang hanya tunggal layak disembah.. Yang memahami ciptaanNya.

maka, patutla pemimpin agung Rasulullah s.a.w hnya mewariskan umat yg cukup2 dikasihinya Al-Quran dan Sunnah sepeninggalannya menemui Kekasih Abadi..kerana segala persoalan kehidupan,,punya penyelesaian didalamnya..Maha Agung Allah…

~TOWARDS PRODUCING QURANIC GENERATION~

Bagaimana hati kita?

Bagaimana hati KITA tidak bergetar merindui Baginda?

Bagaimana roh KITA tidak terkesan dgn Baginda?

Bagimana hati KITA lupa perintah agar mencintainya?

Bagaimana hati KITA tidak terikat dalam merindui Baginda?

Bagaimana hati KITA tidak bergetar apabila diperingatkan tentang Baginda?

__________________________________

<full video clip in this playlist>

info mengenai pensyarah

http://www.sunnipath.com/about/habibali.aspx


Close
E-mail It